Best view in Mozilla Firefox 3.6 / Chrome / 1366 x 768 & Photobucket

MY LOVE !

Kemalangan

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1388779851607&ref=mf


Salam,


video di atas ni diambil dari facebook.
video berkenaan kemalangan jalanraya.
motifnya satu je, : berhati-hati di jalan raya.
dan peringatan kepada kita semua;
KELAJUAN; CUAI; MEMBAWA PADAH.
dan,
kemalangan boleh berlaku di MANA-MANA sahaja pada BILA-BILA masa
dengan izinNya.


*tadi ketika saya keluar ke kedai di hadapan rumah untuk menambah nilai (topup),
terasa seram sejuk. biasa saya memandu, tapi timbul rasa risau setelah melihat video nih.
lalu, saya berjalan kaki sahaja. saya terfikir, kalaulah Allah nak cabut nyawaku, skarang juga di boleh buat  ..
ketika itu ada beberapa buah motosikal sedang lalu lalang di jalan tersebut serta sebiji kereta.
saya teringt pula petikan video yang menunjukkan seorang pedestrian dilanggar kereta yang terbabas di persimpangan traffic light. ... mengerikan sungguh.
saya terpikir pula, di dunia ni, kat mana-mana kita berada, semuanya ada bahaya.
dalam rumah? lagi la pelbagai bnda bole terjadi. xperlulah disebutkan, kerana perkara tersebut bisa difikirkan oleh kewarasan akal dewasa kita :/
di jalan raya? sudah tentu bahaya menunggu. cuai sedikit je, .... Subhanallah, mohon dijauhkan..

Konklusi, ingatla wahai manusia, ajal dan maut di tangan tuhan, dan tiada siapa boleh menduga, malah meramal bilakah maut bakal menjelma.
banyakkan amal, tingkatkan ibadah, mantapkan rohani, jangan ditinggal perkara wajib dan jangan dicuba perkara yang sudah yakni haram di sisi agama.
semoga video ini dijadikan satu batu loncatan kepada kita untuk mengubah diri kita.
masih belum terlambat.....


*semoga Allah merahmati usaha kita dalam berdakwah. pesanan ini ditujukan khas kepada semua manusia tak mengira agama serta diri saya sendiri.


*masih teringat detikdetik saya kemalangan sebulan lebih yang lepas.
Ya Allah, kau tabahkanlah diriku untuk menghadapi ujianMu ini Ya Allah.
Kau lindungilah aku serta umatumatMu sekalian dari ditimpa bahaya.
Amin..



segala yang baik datang dari Allah,
yang buruk itu kelemahan diri saya sendir.
Wallahualam.
Assalamualaikum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Im craving for ur words. ;)


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com