H1N1 ; Selsema si babi kutok
Hari ni, Selasa 28 Julai 2009, SM Teknik Melaka, Bukit Piatu telah ditutup setelah ramai suspek pesakit H1N1 dikesan pada 27 dan 28 Julai 2009.
Sekolah dicutikan bermula dari 28 Julai 2009 hingga ke 3 Julai dan sekolah akan dibuka seperti biasa pada 4 Julai.
Pelbagai program seperti lawatan ke Zoo untuk Projek Sivik beberapa buah kelas terpaksa ditunda ke tarikh lain dan lawatan ke Kedah yang dijadualkan pada minggu depan masih belum pasti; adakah terpaksa dibatalkan lawatan tersebut?
Kelas-kelas Al-Biruni juga terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain. Perjumpaan Mentor-Mentee juga yang dijadualkan pada hari ini terpaksa ditangguhkan.
Hari penyampaian Anugerah Guru Cemerlang peringkat negeri Melaka daerah Melaka Tengah yang dijadualkan berlangsung pada Khamis petang di Dewan Wawasan sekolah tidak diketahui statusnya, sama ada akan ditangguhkan atau bertukar tempat atau tetap akan dijalankan.
Banyak kelas-kelas tambahan untuk pelajar SPM 2009 juga terpaksa ditangguhkan seperti kelas tambahan bagi subjek Mechanical Engineering Studies untuk kelas 5 Mekanikal 2.
Status para pelajar yang di'isolasi' masih tidak diketahui penulis.Sekiranya ada berita terkini, insyaAllah akan dimaklumkan kepada pembaca Kereta Ini; The Blog.
Sekian.
Jangan lupa belajar.SPM lagi 112 hari.
Jangan keluar jalan-jalan tanpa mask.
BAHAYA.
Take care okayyy?
0 comments:
Post a Comment
Im craving for ur words. ;)