Best view in Mozilla Firefox 3.6 / Chrome / 1366 x 768 & Photobucket

MY LOVE !

Nokia 5800 Xpress Music Keluaran Terbaru Nokia.

Nokia 5800 Xpress Music adalah merupakan model terbaru keluaran syarikat telefon bimbit Nokia. Telefon bimbit ini adalah sebuah telefon bimbit berasaskan muzik yang lengkap. Telefon bimbit ini mampu menjadi saingan telefon bimbit pintar kerana cirinya seakan serupa iaitu mempunyai sambungan internet tanpa wayar dan menggunakan kawalan skrin sentuh sepenuhnya. Telefon ini juga dilengkapi dengan kanta lens yang hebat lantas menjadikannya satu alat penggambaran yang cekap.

Fungsi telefon bimbit ini juga tidak kurang hebatnya.Telefon bimbit ini dilengkapi dengan teknologi sambungan bluetooth dan internet tanpa wayar atau lebih dikenali ramai sebagai ”wi-fi”. Telefon bimbit ini juga mempunyai sistem kedudukan global terbantu atau ”A-GPS” dan dilengkapi dengan perisian peta dunia.Seperti yang dinyatakan sebentar tadi, telefon bimbit ini mempunyai skrin sentuh dan skrin tersebut bersaiz 3.2 inci. Ini dapat memudahkan lagi penggunaan dan meluaskan lagi paparan pelayaran internet lebih-lebih lagi dengan teknologi ”auto-rotate” iaitu paparan akan bertukar ke mod ”landscape” atau secara melintang apabila disengetkan ke 180 darjah.
Skrin tersebut juga mampu mengeluarkan sehingga 16 juta warna untuk kualiti paparan maksimum. Kamera yang berkualiti juga merupakan salah satu ciri-ciri yang diidam pengguna masa kini. Sehubungan dengan itu, Nokia 5800 Xpress Music ini telah dilengkapi dengan lens kamera bersaiz 3.2 megapixel dan dimantapkan lagi dengan gabungan optik Carl Zeiss iaitu antara optik terbaik di dunia dan mampu menghasilkan kualiti penggambaran yang cemerlang. Sebagai sebuah telefon bimbit berasakan muzik, pemain MP3 juga pasti tidak akan ketinggalan. Telefon bimbit ini juga dilengkapi dengan pembesar suara yang lantang dan mampu memberikan kualiti bunyi yang terbaik. Telefon bimbit ini juga mampu menyimpan sehingga 6000 buah lagu kerana dilengkapi dengan kad memori bersaiz 8GB dan boleh ditambah sehingga 16GB.

Antara kelebihan telefon bimbit ini ialah telefon bimbit ini boleh dijadikan sebagai alat penyimpan data mudah alih seperti cakera keras luaran dan ”pendrive”. Anda juga boleh melayari internet di mana-mana pelusuk dunia ini asalkan terdapatnya sambungan internet tanpa wayar. Dengan adanya peta dunia dan sistem kedudukan global terbantu, anda pasti tidak akan sesat lagi walaupun berada di mana-mana ceruk muka bumi ini.Telefon bimbit ini telah berada di pasaran sejak awal Januari lepas dan boleh didapati pada lingkungan harga RM 1400-RM1500 untuk model dari pengedar sah Nokia atau RM1200-RM1300 untuk model dari pengedar swasta/persendirian atau lebih dikenali sebagai ”AP Set”.Kesimpulannya, Nokia 5800 Xpress Music merupakan sebuah telefon bimbit berasaskan muzik yang lengkap dan sesuai dengan citarasa pengguna masa kini.

*Teks diatas adalah teks bagi Ujian Lisan Bahasa Melayu 2009 Muhammad Rizarul Azim bin Hanan dari kelas 5 Mekanikal 2, Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu.Diharap dengan paparan teks tersebut di blog ini akan menambahkan lagi pengetahuan anda semua.Apa-apa pertanyaan boleh ditanya di ruangan "chatbox" yang disediakan.>aha. ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Im craving for ur words. ;)


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com