Best view in Mozilla Firefox 3.6 / Chrome / 1366 x 768 & Photobucket

MY LOVE !

Selamat Berjaya.

Kepada semua pelajar-pelajar sekolah yang bakal menghadapi UPSR,PMR,dan SPM,saya mendoakan agar anda semua berjaya dalam menghadapi peperiksaan tersebut.
Semoga impian keluarga anda tercapai untuk melihat anda bahagia.
Janganlah kita hampakan perasaan mereka.Mereka telah banyak berkorban untuk membolehkan kita ke sekolah dan belajar menuntut ilmu agar senang di masa hadapan kelak.
Belajarlah bersungguh-sungguh wahai kawan-kawanku.
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Kepada yang kurang bernasib baik dalam PMR yang lalu,teruskan usaha anda untuk menghadapi ujian yang lebih besar lagi,iaitu SPM.Ia hanya PMR.Bukanlah saya bermaksud ianya tidak penting,tetapi tidaklah sepenting SPM.Jangan putus asa,cepat mengalah..itu adalah sikap negatif.Untuk berjaya,kita haruslah menanam sikap-sikap yang positif.
Anda adalah apa yang anda fikirkan.
Kawan,jika kau fikirkan kejayaan kau hampiri kejayaan.
Jika kau fikirkan kegagalan kau hampiri kegagalan.
Anda mampu lakukannya.

Kepada calon-calon SPM,ya,tahun 2009 bukanlah satu masa untuk anda bersenang-lenang.
"Alaa,bulan 6 nti baru la belaja...!", petikan sms dari calon SPM 2008.
Rakan-rakanku,untuk berjaya,kita haruslah bermula dr dulu lagi.Melakukan latihan-latihan,rajin mengulangkaji,dan mempunyai jadual belajar yang konsisten.
Dan apabila telah mempunyai jadual tersebut,follow it.Paksa diri anda untuk menuruti apa yang telah anda tetapkan.Ini sepatutnya bermula dari awal tingkatan 4 lagi.Inilah rahsia untuk berjaya dengan cemerlang.Tapi saya tidak tahula berapa ramai yang melakukannya.Kepada yang berjaya,tahniah,yang belum lagi?
Jangan risau.Masih belum terlambat kawan.
Mulalah sekarang!
Hanya kurang setahun sahaja lagi untuk kita berhempas-pulas mengulangkaji untuk SPM ni.Anda semua tahu kepentingannya bukan?Kawan,saya sedar,dan kita semua sedar pelbagai halangan,ujian yang dihadapi oleh kita untuk belajar.Tapi ujian-ujian tersebut mengajar kita pengalaman hidup.Mengajar kita berdikari supaya lebih matang dalam melakukan sesuatu perkara.Kawan,berdoalah kepada Allah Taala agar dipermudahkan segala urusan anda di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.Berdoalah kepadanya agar semua dosa-dosa kita yang lalu diampuniNya dan diberikan kita kejayaan di dalam apa jua bidang yang diceburi.

Akhir sekali rakan-rakan,janganlah kita lupa untuk bertawakal kepadaNya agar segala yang telah kita usahakan bukanlah satu usaha yang sia-sia.Semoga segala usaha kita dirahmati dan diberkati Allah.

Salam ta'ruf.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Im craving for ur words. ;)


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com